Untuk berjaya didalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan didalam kehidupan seharian kita perlu berusaha secara berterusan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita didalam tiga perkara.

1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)

Inilah yang dilakukan didalam latihan atau kursus - kursus yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk kakitangannya atau yang dilakukan sendiri oleh individu yang mahu meningkatkan dirinya.

Motivasi Potensi Diri ialah modul yang berkaitan dengan perubahan sikap kearah yang positif. Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan Polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya'.

Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya.

Berdasarkan pembacaan, mengikuti kuliah, pemerhatian, pengalaman dan sedikit kajian saya menemui satu fakta yang menarik tentang perubahan sikap iaitu:

Seseorang itu tidak boleh berubah dengan cuba mengubah sikap. Apa yang perlu dilakukan ialah terlebih dahulu mengenali dan memahami apakah faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu. Umpama penyakit puncanya perlu diketahui dan difahami untuk memudahkannya diubati.

MODUL MOTIVASI POTENSI DIRI

Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap

kita perlu mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan
kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran
kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi
kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri
kita perlu mengenali potensi diri.

Mengenali Potensi (kelebihan & kekurangan) Diri menjadi asas kepada usaha merubah perkara - perkara yang lain. Pembahagian topik (penerangan & perbincangan) Motivasi Potensi Diri adalah seperti berikut :

13. KEJAYAAN
 

12. USAHA
 
11. TINDAKAN
 
10. PERANCANGAN
 
9. MATLAMAT
 
8. MOTIVASI
 
7. (SIKAP)
 
6. PERASAAN
 
5. KEPERCAYAAN
 
4. PEMIKIRAN
 
3. IMAGINASI
 
2. JANJI DIRI
 
1. POTENSI DIRI


Setiap topik memerlukan satu atau dua jam ceramah untuk dibincangkan secara formal, memakan masa yang lebih panjang apabila diserap melalui aktiviti dan simulasi. Menariknya ia boleh disesuaikan dengan pelbagai tajuk ceramah untuk semua golongan peserta. Ia juga menjadi asas didalam penulisan saya setiap bulan dibeberapa majalah yang membincangkan pelbagai isu.


POTENSI KEHEBATAN KURNIAAN ALLAH


Dunia yang terapung
diberi potensi graviti
agar makhluk - makhluk lain
tidak terlepas pergi

Tanah yang luas
diberi potensi menumbuhkan
pokok - pokok perlindungan

Terdapat makhluk - makhluk
diberi potensi
hidup di air berenang
di sungai lautan

diberi potensi
hidup di daratan
di padang pasir
di tengah hutan

diberi potensi
hidup di dua alam
di air dan daratan...

diberi potensi
terbang di awan...

Diberi potensi
kepada sebahagian binatang
- kuat tenaga fizikal
- kuat deria melihat
- kuat deria mendengar
- kuat deria menghidu
- berbisa...

 

Dan diberikan potensi kepada
Makhluk bernama manusia
- sebagai Khalifah
- sepasang otak geliga

Bersama kehebatan minda
jadilah manusia
bukan ikan
- boleh berada di dasar laut
bukan burung
- boleh terbang di angkasa raya
bukan cacing
- boleh berada di perut bumi

Bersama kehebatan minda
manusia meramal
- kaji cuaca
manusia merekacipta
- alat-alat bertenaga
membolehkan mata
- melihat kuman
membolehkan telinga
- mendengar suara
dari seluruh pelusuk dunia...

Oleh : ALIAS HAJI MUDA

 

 

Hakcipta terpelihara © 2005 mypotensi.com