En. Alias Haji Muda berminat menulis sejak awal 1980’an menggunakan nama pena Alias H.M. Pandangan-pandangan beliau ketika itu mengenai pendidikan pernah tersir di akhbar-akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah Mastika, Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya.

Encik Alias adalah ahli berdaftar Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS), memiliki Sijil Kejurulatihan Program Bina Negara (1993), Sijil TNA MARA (1997), Sijil TOT LPU MARA (1998) dan Sijil TOT MARA (1999). Pernah menjadi panel temuduga/panel forum /penceramah /pemudahcara /penyelaras kursus-kursus keusahawanan SUS, LAP Kakitangan Kerajaan, PUM pelajar anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan, kursus-kursus keusahawanan MARA seperti PUTEK, Program PUTRA dan lain-lain serta kursus-kursus keusahawanan KAKS untuk beberapa buah IPTA.

Pernah menyertai kongres, seminar, kursus, latihan dan ceramah motivasi yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh seperti Edward de Bono, Jim Rohn, Dr. Robert H. Schuller, Les Brown, Jack Confield, Mark Victor Hansen, Amanda Gore, Joe Girard, Pete Crofts, Dr. Daniel Goleman, Andrew Matthews, Dr. Denis Waitley, Robert Kiyosaki, Daniel Johnson, Ralph R. Roberts, Blair Singer, Harvey Mackey, Gerry Robert, Ron Kaufman, Robert Pante, Dr. John Gray, Brad Cooper, Joseph Mc Clendon III, Brian Tracy, Allan Pease, Tom Hopkins, Robert G. Allen, Chris Newton, Jerry Parez, Jay Abraham, Lawrence Walter Ng, Prof. Seyyed Hossein Nasr, Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah, Datuk Maznah Hamid, Datuk Dr. Hassan Ali, Jaafar Rahim, Zubli Zainordin, Ranjit Singh Malhi dan lain-lain. ( lihat galeri bersama Mentor )

Encik Alias merupakan Pengasas Motivasi Potensi Diri dimana modulnya telah digunakan didalam kursus-kursus motivasi yang beliau kendalikan. Sejak 1994 Encik Alias telah mengendalikan beratus kursus/ceramah Motivasi kepada usahawan/bakal usahawan, ibu bapa, guru dan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pusat matrikulasi, pusat pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar universiti, guru pelatih maktab perguruan, kakitangan kerajaan dan swasta, syarikat jualan langsung, syarikat kenderaan, kesatuan sekerja, persatuan belia, persatuan wanita/ibu tunggal, pesara/bakal pesara, pemandu teksi/bas, penyelia/pekerja kilang, penghuni rumah anak-anak yatim, penagih dadah, golongan kurang upaya (cacat anggota), golongan istimewa (cacat penglihatan) dan tahanan (banduan) di Penjara Kajang. Encik Alias pernah mengendalikan ruangan Motivasi di Majalah AKADEMIK (1993 hingga 1997) di Majalah CINTA (1997) di Majalah USAHAWAN Malaysia (2000), kolumnis di majalah FAMILI. (2001 -2005), kolumnis di majalah MEDIA USAHAWAN (mulai 2004) dan sekarang kolumnis di majalah PEREMPUAN dan e-majalah parttime2u.com. En. Alias pernah menjadi tetamu Radio Tujuh rancangan TETAMU dan rancangan JALAN BARU. Di Radio Satu secara langsung dalam rancangan ERA JAYA dan rancangan MOTIVASI BERSAMA RTM dan RTB Brunei. Tetamu ASTRO RIA dalam rancangan ANITA dan tetamu RTM TV1 rancangan Selamat Pagi Malaysia slot Titian Jaya.

 

Hakcipta terpelihara © 2005 mypotensi.com