| Bangunkan sikap positif anda untuk
membina kejayaan. Membangunkan sikap positif bermaksud
mengubah sikap kearah yang positif. Untuk mengubah sikap
kita terlebih dahulu perlu mengenali dan memahami faktor-faktor
kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah
terlebih dahulu. Faktor
kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan,
pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta
kelemahan diri iaitu potensi diri.
Untuk mengubah sikap kita perlu
mengubah perasaan.
Sebelum mengubah perasaan kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan
kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi kita perlu mengubah janji
diri.
Sebelum mengubah janji diri kita perlu mengenali potensi
diri.
Mengenali potensi (kelebihan
dan kekurangan) diri menjadi asas kepada usaha merubah
perkara-perkara yang lain.
Buku ini membincangkan tentang potensi kelebihan diri
yang kita miliki tanpa menafikan kelemahan yang ada.
Tumpuan kepada sebahagian potensi kelebihan, bagaimana
mengenali, membebaskan, menggunakan dan memperkembangkannya
untuk membina kejayaan dan kecemerlangan.
|