“Membina laman web kini sudah menjadi lumrah dan ia
juga semakin mudah untuk dibina sehingga kanak-kanak sekolah
rendah pun boleh membina laman web yang cantik”. Majalah
PC Mei 2006.
“Terdapat berjuta-juta laman
web di Internet. Jumlah pengguna Internet dunia pada Mac 2005
mencecah 888 juta orang”. Irfan Khairi.
Ketika berpindah pejabat terdapat diantara
album gambar telah hilang (mungkin tersalah letak). Syukurlah
sebahagian gambar-gambar itu telah saya simpan di dalam laman
web ini. Saya boleh melihat atau mendapatkan semula gambar-gambar
berkenaan dengan membuka laman web dan mencetaknya.
Terdapat beberapa orang bekas peserta
yang pernah mengikuti kursus motivasi yang saya kendalikan
menghubungi saya mengucapkan terima kasih kerana laman web
ini telah membolehkan mereka mendapat gambar-gambar ketika
berkursus dahulu yang sememangnya diharapkan.
Laman web ini yang dilancarkan pada
bulan Disember 2005 telah menemukan saya dengan pembaca-pembaca
Majalah FAMILI, Majalah PEREMPUAN dan Majalah MEDIA USAHAWAN
yang mengikuti ruangan saya di majalah-majalah berkenaan dan
rakan-rakan lama yang kebetulan melayarinya.
Jelas disini laman web bukan sahaja
penting untuk para usahawan memperkenalkan perkhidmatan atau
produk tetapi sangat berguna dibina oleh siapa sahaja yang
ingin mengamalkan budaya ‘Pengurusan Ilmu’ atau
mempraktikan ‘Knowledge Management’ dalam perkhidmatan,
membangunkan diri sebagai modal insan berminda kelas pertama
dan berfikiran terbuka seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Terdapat 8K didalam
Kemahiran Pengurusan Ilmu (Knowledge Management Skills).
|
| 1. |
Knowledge Identification
(Pegenalpastian bidang ilmu). |
| 2. |
Knowledge Acquisition (Memperolehi
dan menembah ilmu). |
| 3. |
Knowledge Application (Menggunkan
ilmu). |
| 4. |
Knowledge Sharing (Berkongsi ilmu). |
| 5. |
Knowledge Development (Memperkembangkan
ilmu). |
| 6. |
Knowledge Creation (Menghasilkan
ilmu baru). |
| 7. |
Knowledge Preservation (Pemeliharaan
atau penyimpanan ilmu). |
| 8. |
Knowledge Measurement (Menilai,
pengukuhan dan penambahbaikan ilmu). |
8K ini menjadi asas,
ilham dan tujuan kenapa laman web ini diwujudkan. Sebenarnya
sebahagian besar dari 8K ini telah saya praktikkan sejak lama
dahulu. Saya memiliki berpuluh album yang menyimpan maklumat
karya penulisan saya yang pernah tersiar di akhbar dan majalah,
gambar-gambar berkaitan kerja serta beratus ceramah yang saya
kendalikan selama ini.
Laman web ini digunakan sebagai tambahan
tempat untuk menampung sebahagian maklumat bukan sahaja untuk
simpanan peribadi tetapi juga yang dirasakan sesuai untuk
dikongsi.
Cantiknya di laman web ini saya boleh
terus menyimpan, menambah, menyunting dan melihatnya dari
masa ke semasa dimana sahaja saya berada. Terima kasih kepada
teknologi IT yang membolehkan kita berkongsi maklumat.
Laman web ini juga membolehkan anda
dan jangan lupa memberitahu rakan-rakan lain yang mungkin
berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Motivasi Potensi
Diri seperti tajuk-tajuk kursus yang dikendalikan, melihat
gambar-gambar ceramah, aktiviti atau simulasi kursus (kiranya
gambar anda terdapat disitu bolehlah mengambilnya), membaca
sinopsis, membaca petikan rencana penulisan terkini atau meneliti
biodata.
Anda juga dapat membaca kata-kata Motivasi
Potensi Diri yang berbeza pada setiap hari secara percuma
dan melayari laman web lain berkaitan yang dihubungkan.
Terima kasih kepada anda dan tidak
lupa kepada Webmaster En. Faiross ( 019-2496444) yang sedang
didalam proses menambah ruangan-ruangan baru untuk menjadikan
laman web mypotensi.com ini lebih menarik dan lebih sesuai
sebagai tempat untuk berkongsi dan meningkatkan ilmu. Jangan
lupa mendapatkan buku-buku dalam siri Motivsi Potensi Diri
yang ditulis oleh saya dan kini sedang berada di pasaran.
Sehingga bertemu lagi salam mesra dan terima kasih kerana
memberi sokongan.
|